Wednesday, September 21, 2011

Tips Penjagaan Kura-kura Kecil Versi Cik Tom


Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia……..

Cik tom nak share tips untuk penjagaan kura-kura comel iaitu kura-kura kesayangan cik tom iaitu diego dan dora. Ada yang tak kenal siapa diego dan dora?? Baru-baru ni diorang dah kahwin dan kalau korang nak boleh baca “Wedding of the year diego dan dora“. Selain tue, siapa yang belum pasti apa jantina kura-kura korang?? Atau nak beli kura-kura tengok pada jantina. Korang boleh baca “tips mengenali jantina kura-kura“.

gambar kura-kura comel dengan tomato
Jom baca tips penjagaan kura-kura versi cik tom;

1) Menyediakan ruang yang selesa kepada kura-kura dengan sedikit air dan batu kecil/pasir. Sebab kura-kura ni suka berjemur.

2) Mencuci air kura-kura sekurang-kurangnya 2 hari sekali. Tapi bagi cik tom kadang-kadang (*kalau rajin) terpaksa cuci sekali sehari sebab air cepat busuk.

3) Luangkan 1 kali seminggu dengan mengosok2 lembut cengkerang kura-kura.

4) Rajinkan bagi kura-kura berjemur samaada dibawah cahaya matahari atau bawah cahaya lampu.

5) Bagi makan sekurang-kurangnya 2 kali sehari. Kalau tuan dia diet, sekali sehari je kura-kura tue makan.*kejamnya tuan diego dan dora ni!

6) Bawalah kura-kura berjalan-jalan sekurang-kurangnya sekali seminggu dengan keluarkan diorang dari akuarium/kolam. Tapi kena alert tau jengan sampai hilang pulak.

7) Berikanlah kasih sayang yang secukupnya pada kura-kura korang.*konpem diorang pun akan sayang tuannya :)

8) Jangan bimbang nak bela kura-kura ni mudah je cuma yang cerewet ialah air tue cepat berbau. Yang lain takde masalah.

Ni gambar diego dan dora yang comel.
kura-kura comel

No comments:

Post a Comment

Followers