Friday, January 21, 2011

Tips Muka Berminyak.

Hehh muka sentiasa berkilau dan melekit sebab berminyak? Lepas itu selalu tekap tisu kat batang hidung sendiri dengan dahi sebab nak minyak itu serap. Terseksa. Muka berminyak memang senang dapat jerawat. Kalau tepek mekap kat muka pun dapat tahan sekejap. I nak bagi tips mudah macam mana nak atasi muka berminyak.

I suka RY Cheng Lin. Dia sangat gorgeous!


Pemakanan

Elakkan makan makanan berminyak. Sebaliknya melebihkan sayuran, buahan dan bijirin.

Pencuci muka

Seeloknya gunakan yang tertulis bebas minyak (oil-free). Jangan seringkali menukar-nukar jenama pencuci muka yang dah sesuai dengan muka. Guna 1 jenis. Buat scrubbing untuk membersihkan liang pori-pori. Liang pori-pori yang tersumbat, kotor dan berminyak senang ditumbuhi jerawat.

Pelembap


Guna pelembab muka dan bedak alas yang mengandungi UV dan bebas minyak (oil-free). Check sebelum beli produk mekap tertera perkataan NON-COMEDOGENIC (tidak menutup liang pori) dan mengandungi AHA (Alpha-Hydroxy Acids). AHA berfungsi dalam menanggalkan sel kulit mati.



Amalkan basuh muka menggunakan air suam, kulit muka akan rasa lebih rileks. Basuh dengan air sejuk membuatkan kulit terkejut. Pernah terbaca ada 1 kebaikan memiliki kulit berminyak iaitu kedutan dan figmentasi muncul lebih lambat berbanding dengan mereka yang memiliki kulit muka jenis lain seperti kulit normal atau kering. Kesimpulannya muka berminyak, kulit lambat kedut? yeke?? hahaha

No comments:

Post a Comment

Followers