Saturday, August 22, 2009

inilah impian perkahwinan aku...

kalo dulu aku just tengok orang laen kahwin...
bile slalu sangat tengok...aku pun mulalah berangan
macam mane majlis perkahwinan aku nanti???

aku teringin sangat nak buat majlis persandingan kat KLCC...skunk nih aku tengah kumpul duit
alhamdulillah dah stakat 22 ogos 2009 dah ade RM 7650.00.
aku tau bukan murah nak sewa dewan KLCC...kos sewa dewan tu je dah RM 200,000.
doakan aku supaya mampu untuk mencapai sasaran itu..

Pastu dalam majlis tu aku nak jemput 5000 orang tetamu...n tetamu VIP yg bakal aku jemput termasuklah siti nurhaliza n sultan brunei.
Kek untuk majlis tu plak merupakan kek yg dicipta khas untuk aku n bakal isteri aku..kek tersebut aku nak 3 tingkat n tingkat atas skali disaluti dengan lapisan emas 25 karat.
kosnya dalam RM 80,000.

tapi sebelum tu...kenderaan yg akan membawa aku n bakal isteri aku ke dewan tersebut merupakan kereta kuda...
kereta kuda ni sebiji macam dalam citer cinderella...
kosnya dalam RM 15,000

makanan lak...aku akan sediakan 3 catering yg akan sediakan lebih kurang 25 jenis juadah yg berbeza untuk disajikan kepada 5000 tetamu jemputan...
kos untuk catering je dalam RM 85,000.

pasal hantaran...aku x pikir lagi
tapi aku slalu berangan nak kasi bakal isteri aku nih
set barang kemas Raflesia yg bernilai RM 3.5 juta
mungkin impian ni susah siket untuk dicapai coz mahal sangat.

aku penah gak terpikir...buat apelah aku membazir just untuk kahwin???
bagi aku perkahwinan merupakan pengalaman yg x boleh dilupakan so aku nak majlis aku nanti merupakan wedding of the year...

aku skrang tengah berusaha untuk mengumpul dalam RM 6 juta ringgit...
aku tetapkan dalam tempoh 15 tahun atau kurang aku mesti capai sekurang-kurangnyer RM 4.5 juta.

memang bertuah siapa yg kahwin ngan aku nanti...
aku akan pastikan bahawa segala impian aku ini akan menjadi kenyataan.


No comments:

Post a Comment

Followers